Sunday, March 1, 2009

Benarkah bloggers kurang ajar?

Buat pertama kalinya, pada tahun 1998 ,bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad telah melaksanakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (Perkhidmatan atas talian telah wujud sekitar tahun 1995 semasa penubuhan The Star Online tetapi ianya dikenali setelah tertubuhnya akta tersebut) Ianya merupakan satu kawalan yang berbentuk penyiaran tradisional, telekomunikasi, dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangakaian yang digunakan untuk memberikan perkhidmatn tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan yang membenarkan penapisan internet dan ianya telah termaktub di bawah Rang Jaminan MSC (MSC Malaysia Bill of Guarantee ) dimana kerajaan tiada hak untuk menapis internet. Perkhidmatan atas talian juga memberi kebebasan dari segi kritikan, serta, mengadakan forum berkenaan isu sensitif dengan memberi ruang kepada masayrakat untuk besuara sebagai salah satu cara untuk berkongsi persepsi atau pendapat antara satu sama lain ( rujukan daripada Online Journalism On Malaysian Socio-Political Landscapes, page 2; Rahmat Ghazali)

Bertitik tolak dengan tajuk yang diutarakan, benarkah bloggers kurang ajar? Pada persepsi saya sendiri, perbuatan yang melambangkan individu tersebut kurang ajar atau sinonim dengan bahasa yang elok 'tidak beradab’ adalah bergantung pada gaya penulisan, mesej yang ingin di sampaikan dan etika kewartawanan perkhidmatan dalam talian itu diaplikasikan dalam penulisan individu tersebut atau tidak. Ianya bergantung bagaimana individu tersebut memainkan peranan dalam penulisan sama ada ingin memberikan informasi yang telus dan betul kepada mayarakat atau sekadar digunakan sebagai agenda tertentu untuk menjatuhkan reputasi individu tertentu atau sebagai hasutan dan fitnah untuk kepentingan masing-masing. Contohnya, kes Adibah Ahmad di dalam blognya; http:/ /adibahahmad.blogspot.com yang yang menggunakan blog sebagai satu medium untuk melontarkan cemuhan berkenaan agama Islam yang menimbulkan kemarahan atau provokasi terutamanya kepada umat Islam atas sikap kurang ajar blogger tersebut. Antara isu-isu yang diselitkan dalam blog Adibah Ahmad ini ialah “Nabi Enjoi”, “Nabi ke Nazi” , “Anjing ni siapa”, “Nababi”, “Nabi Babi” dan seumpanya yang saya sendiri tidak sanggup untuk menaip sebilangan tajuk yang dibuat oleh individu yang diklasifikasikan sebagai 'kurang ajar' dan tidak bertanggungjawab. Ini boleh memberi impak yang besar pada unsur ketidakpercayaan tentang Agama Islam dalam diri sesetengah individu dan kemungkinan besar bangsa lain turut memperkotak- katikkan agama Islam seperti yang telah dilakukan oleh Adibah Ahmad dalam bloggnya. Jika dilihat pada sudut lain pula, isu Raja Petra Kamaruddin dalam blog Malaysia-Today telah menggunakan blog sebagai satu medium untuk menyebarkan maklumat yang palsu berkenaan dengan pembunuhan Altantuya mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua lagi pengiring beliau adalah bersifat ‘kurang ajar’ kerana blogger tersebut menulis tanpa mengeluarkan usul atau bukti yang kukuh yang boleh mengaibkan nama individu yang difitnah. Begitu kuatnya pengaruh blog sehingga ianya boleh menimbulkan hura hara dalam institusi sesebuah kerajaan.

Bagaimanapun, tidak semua blogger bersifat ‘kurang ajar’ kerana sesetengah individu menggunakan blog sebagai satu kaedah untuk mengeluarkan pendapat dan kritikan yang positif dan membina, dalam erti kata lain, mengikut etika kewartawanan selaras dengan kemahuan kerajaan. Oleh itu, tidak semua blogers bersifat ‘kurang ajar’ kerana tanpa bloggers, kita mungkin seperti “katak di bawah tempurung” atau “Pak Pandir” yang menurut setiap informasi hanya pada sebelah pihak sahaja tanpa meneliti dan mengkaji sesuatu cerita daripada pihak lain dan setiap perincian maklumat yang dikeluarkan tidak lain tidak bukan blogger itu sendiri.

Konklusinya, “tepuk dada tanya kata hati” sama ada untuk mencedok atau menerimanya bulat-bulat dalam sesuatu blog tersebut atau berfikir dahulu sebelum menerima mesej tersebut. Bagi bloggers pula, kebebasan yang telah terbuka luas dalam konteks perkhidmatan dalam talian hendaklah di gunakan sebaik-baiknya, bukan digunakan untuk melakar sejarah yang boleh membangkitkan kemarahan pada pembaca blog dan masyarakat sekiranya anda tidak mahu diklasifikasikan sebagai “blogger kurang ajar”.

Sekian.

1 comment:

  1. waaaaaaaaaaaa
    tiap2 ari da artikel ni.............
    waaaaa exitednyeeeeee,,,,,,,,,,,,
    waaaaaaaaaaa

    ReplyDelete