Tuesday, February 24, 2009

Jangkitan virus yang makin menular dan merosakkan semua


Virus? virus apa yang semakin menular sekarang? virus di pc? laptop? tidak....Bukan itu yang cuba diketengahkan oleh saya..Virus yang ingin saya saya cuba diskusi sekarang ini lebih dahsyat daripada virus-virus di pc dan laptop anda. Ia adalah berkenaan dengan isu alam siber yang telah di salahgunakan oleh sesetengah pihak tidak kira dari sudut politik, sosial dan sebagai bahan kajian dalam pembelajaran. Tapi hanya berapa peratuskah penggunaan internet ini digunakan sebagai bahan ilmiah? Mungkin hanya masa tertentu sahaja ianya gunakan untuk berbuat demikian.Betul atau tidak? Kebanyakan remaja masa kini menghabiskan masa dengan hiburan, "download" bahan-bahan yang berkaitan dengan hiburan dan bagi perempuan, mereka lebih suka pada gosip artis serta mencari rakan-rakan siber.Berhubung dengan mencari rakan-rakan di alam siber, saya juga secara jujurnya mempunyai rakan-rakan siber dan membuka web tersebut apabila mempunyai ruang dan masa untuk berbuat demikian. Antaranya, apa yang pernah saya lihat ialah ianya digunakan sebagai salah cara untuk "mempromosikan" diri kepada orang ramai tanpa segan silu. Apa yang memeranjatkan saya kebanyakan yang mempromosikan harga diri mereka ini adalah terdiri dari anak-anak muda kita sendiri! Bangsa Melayu kita sendiri! Acapkali, isu sebegini sering dipandang enteng oleh orang ramai, terutamanya di kalangan remaja dengan mengistilahkan "lali", "biasa la tu" di kalangan orang Melayu @orang Islam sendiri...Seperti ia telah sebati dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini.Mengapa ianya berlaku? Mengapa perlu kita membangga-banggakan dengan budaya kuning yang memang telah lama sebati dan terkenal dengan unsur-unsur negatif dalam budaya masyarakat Barat tersebut, sedangkan kita ada budaya tersendiri dan terkenal dengan ciri-ciri dan adat ketimuran yang telah lama diwarisi oleh nenek moyang kita sejak berkurun yang lalu...Malahan kita dipandang tinggi oleh sepelosok dunia dengan adat ketimuran kita!
Apa yang saya perhatikan juga banyak remaja yang telah menyimpang jauh dari yang asal seperti budaya "gay", "lesbian" dan mereka juga tidak kurang sama mempertontonkan harga diri mereka kepada orang ramai...Gambar-gambar yang mencolok mata dan lucah juga disiarkan sebagai salah satu medium untuk memperhebatkan lagi "promosi" diri mereka. Aksi yang menghairahkan juga tidak lupa dicalit sebagai satu santapan buat rakan siber yang membuka "profile" untuk mencari kenalan. Mungkin aku boleh terima dengan "perhambaan" pada zaman kesultanan Melayu satu ketika dahulu, tetapi pada masa sekarang tiada lagi istilah zaman perhambaan, cuma yang ada manusia yang rakus mengejar keseronokan dunia dan mencari-cari kebendaan hingga sanggup menjadi "hamba nafsu" dan membiarkan identiti dipijak-dipijak dan di ratah oleh manusia yang inginkan keseronokan tanpa mengikut peraturan hidup yang bermoral. Dunia makin maju, manusia semakin "advance", tetapi dengan cara yang salah...Lidahku kelu untuk berbicara, tanganku longlai untuk menaip..Yang ada hanya doa buat insan-insan seperti mereka supaya pintu taubat sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaNya..Amin

p/s: Walaupun iman ku cuma senipis bawang,ku cuba betulkan kesilapan diri dan muhasabah diri agar dijauhkan daripada perkara-perkara tersebut.Amin

Monday, February 23, 2009

Hidup adik Sharlinie berakhir?

Masih lagi anda ingat seorang kanak-kanak yang pernah satu ketika dahulu digemparkan dan diuar-uarkan tentang kehilangan kanak-kanak tersebut? Mungkin masih ada yang ingat, ada yang terlupa dan ada yang tidak ambil peduli tentang isu tersebut. Nukilanku ini hanya sebagai tatapan buat semua dan inginku rungkaikan sedikit persoalan dan sedikit informasi yang mungkin akan mengejutkan kita semua dan aku sendiri tertanya-tanya adakah ini satu "rumor" atau realiti yang dirahsiakan oleh sesetengah pihak...yang pasti kita sebagai manusia tidak perlu melatah dan terus menerima setiap perkara tersebut 100% atau 120%...kerana kita tiada jawapan bagi itu semua...baiklah, berbalik dengan isu yang ingin aku kongsikan sedikit kepada semua...
Tahun lepas, semasa aku cuti semester, aku telah bekerja sementara di salah sebuah media elektronik...Lebih kurang 2 bulan setengah aku bekerja di sana dan macam-macam perkara yang aku lihat dan perhatikan sebagai satu pengalaman yag menyeronokkan walaupun kerja yang diterima aku hanya biasa sahaja,tetapi bagi aku, itu memberi aku satu ruang untuk aku belajar...Aku mengenali krew-krew disana dan banyak topik yang kami bualkan sepanjang aku bekerja...dan yang paling menarik aku dengar ialah mengenai isu adik Sharlini..Mereka menyatakan pada aku yang kanak-kanak tersebut sudah meniggal dan mayatnya telah ditemui di semak dan DNA telah dikenalpasti dan disahkan mayat itu Sharlini...Aku bertanya kepada mereka mengapa di media-media dan akhbar-akhbar cetak masih membuat misi pencarian Sharlini sedangkan kanak-kanak itu telah ditemui mati...Mereka menyatakan pada aku bahawa pihak polis ingin merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan masyarakat kerana dikhuatiri menimbulkan kemarahan masyarakat kerana polis telah diberi tugasan berbulan-bulan lamanya untuk mencari kanak-kanaktersebut tetapi jawapan yang negatif telah diterima di samping ingin menjaga reputasi polis Malaysia..Aku masih bertanya lagi adakah keluarga kanak-kanak tersebut telah tahu berkenaan isu ini, dan mereka menjawab keluarganya sudah tahu dan diminta untuk menutup kes tersebut daripada pengetahuan orang ramai...WALLAHUALAM...Apa-apapun aku ingin TEKANKAN sekali lagi bahawa jangan sesekali menerima dan terus membut kesimpulan tanpa kita mengkaji sama ada perkara ini benar atau fiktif semata-semata..Apa yang pasti sama-samaalah kita berdoa tidak kira bagi yang beragama Islam, Buddha, Tamil dan Kristian supaya Sharlini berada dalam keadaan selamat dan pulang ke pangkuan ibu bapanya yang telah sekian lama menunggu pelukan kasih sayang dan teletah adik Sharlini sehingga tiada lagi air mata untuk ditangisi lagi...yang ada hanya doa terutamanya seorang ibu yang mempunyai 1001 harapan supaya anaknya akan dikembalikan satu masa nanti...
Apa yang penting, sebagai ibu bapa kita tidak seharusnya alpa dan perlu memberi kawalan 200% kepada anak-anak kerana manusia pada zaman sekarang sudah tiada lagi perasaan belas kasihan dan terlalu banyak kekejaman yang aku sendiri terlupa berapa ramai lagi manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia durjana yang aku sendiri tidak tefikir dan terlintas di dalam kotak pemikiran aku...
Kesimpulannya, kita sebagai hamba-Nya banyakkan bermunajat supaya isu yang melibatkan kanak-kanak akan berakhir satu masa nanti dan biarkan ia menjadi satu titik sejarah hitam dan pengajaran yang besar buat kita semua supaya tidak terus leka...WALLAHUALAM..Sekian...

Buat tatapan Dr Rahmat Ghazali...

Pertama kali aku masuk class online journalism aku menilik mungkin pensyarah yang bakal aku terima hanya sekadar pensyarah biasa, memberi penerangan yang membosankan dan terus pulang...Tapi telahan aku sama sekali tidak tepat...Dia membuat aku begitu terpegun dengan cara beliau yang petah berkata2 dengan susunan bahasa yang begitu teratur dan matang...Kata2 yang beliau ungkap seringkali memberi aku seribu satu makna daripada pelbagai persektif yang berkaitan dengan subjek yang diajar serta tidak lupa diselitkan sedikit unsur2 jenaka yang mencuit hati kami dan moral yang begitu mendalam dan tersirat maknanya...Kadang2 masa pembelajaran yang diajar oleh beliau di dalam kelas terasa begitu pantas berlalu...Mungkin bagi sesetengah pihak akan mengatakan aku hanya "pembodek", tapi aku persetankan itu semua...yang penting bagi aku beliau mempunyai "aura" yang tersendiri seperti Mawi yang sering menjadi buah mulut masyarakat kita yang ditafsirkan sebagai memiliki "aura"...Mungkin satu masa nanti aku perlu tambahkan idola aku dan akan jadikan beliau sebagai ikon untuk aku berjaya dan mengikuti jejak beliau satu masa nanti...Insyaallah...Dr, terima kasih dengan setiap bait2 perkataan dalam pembelajaran yang telah kau berikan pada kami...

Monday, February 16, 2009