Tuesday, February 24, 2009

Jangkitan virus yang makin menular dan merosakkan semua


Virus? virus apa yang semakin menular sekarang? virus di pc? laptop? tidak....Bukan itu yang cuba diketengahkan oleh saya..Virus yang ingin saya saya cuba diskusi sekarang ini lebih dahsyat daripada virus-virus di pc dan laptop anda. Ia adalah berkenaan dengan isu alam siber yang telah di salahgunakan oleh sesetengah pihak tidak kira dari sudut politik, sosial dan sebagai bahan kajian dalam pembelajaran. Tapi hanya berapa peratuskah penggunaan internet ini digunakan sebagai bahan ilmiah? Mungkin hanya masa tertentu sahaja ianya gunakan untuk berbuat demikian.Betul atau tidak? Kebanyakan remaja masa kini menghabiskan masa dengan hiburan, "download" bahan-bahan yang berkaitan dengan hiburan dan bagi perempuan, mereka lebih suka pada gosip artis serta mencari rakan-rakan siber.Berhubung dengan mencari rakan-rakan di alam siber, saya juga secara jujurnya mempunyai rakan-rakan siber dan membuka web tersebut apabila mempunyai ruang dan masa untuk berbuat demikian. Antaranya, apa yang pernah saya lihat ialah ianya digunakan sebagai salah cara untuk "mempromosikan" diri kepada orang ramai tanpa segan silu. Apa yang memeranjatkan saya kebanyakan yang mempromosikan harga diri mereka ini adalah terdiri dari anak-anak muda kita sendiri! Bangsa Melayu kita sendiri! Acapkali, isu sebegini sering dipandang enteng oleh orang ramai, terutamanya di kalangan remaja dengan mengistilahkan "lali", "biasa la tu" di kalangan orang Melayu @orang Islam sendiri...Seperti ia telah sebati dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini.Mengapa ianya berlaku? Mengapa perlu kita membangga-banggakan dengan budaya kuning yang memang telah lama sebati dan terkenal dengan unsur-unsur negatif dalam budaya masyarakat Barat tersebut, sedangkan kita ada budaya tersendiri dan terkenal dengan ciri-ciri dan adat ketimuran yang telah lama diwarisi oleh nenek moyang kita sejak berkurun yang lalu...Malahan kita dipandang tinggi oleh sepelosok dunia dengan adat ketimuran kita!
Apa yang saya perhatikan juga banyak remaja yang telah menyimpang jauh dari yang asal seperti budaya "gay", "lesbian" dan mereka juga tidak kurang sama mempertontonkan harga diri mereka kepada orang ramai...Gambar-gambar yang mencolok mata dan lucah juga disiarkan sebagai salah satu medium untuk memperhebatkan lagi "promosi" diri mereka. Aksi yang menghairahkan juga tidak lupa dicalit sebagai satu santapan buat rakan siber yang membuka "profile" untuk mencari kenalan. Mungkin aku boleh terima dengan "perhambaan" pada zaman kesultanan Melayu satu ketika dahulu, tetapi pada masa sekarang tiada lagi istilah zaman perhambaan, cuma yang ada manusia yang rakus mengejar keseronokan dunia dan mencari-cari kebendaan hingga sanggup menjadi "hamba nafsu" dan membiarkan identiti dipijak-dipijak dan di ratah oleh manusia yang inginkan keseronokan tanpa mengikut peraturan hidup yang bermoral. Dunia makin maju, manusia semakin "advance", tetapi dengan cara yang salah...Lidahku kelu untuk berbicara, tanganku longlai untuk menaip..Yang ada hanya doa buat insan-insan seperti mereka supaya pintu taubat sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaNya..Amin

p/s: Walaupun iman ku cuma senipis bawang,ku cuba betulkan kesilapan diri dan muhasabah diri agar dijauhkan daripada perkara-perkara tersebut.Amin

1 comment:

  1. betul3.......inilah yang dikatakan kejayaan yahudi di malaysia.walaupun kita tidak di perangi secra ketenteraan akan tetapi kite sebenarnya telah di jajah oleh yahudi secara mental.sebagai contoh negara seperti amerika telah menjadi satu pusat negara2 maju di dunia dan secara tidak langsung amerika juga telah berjaya memecah masuk ke setiap negara dengan mempromosikan filem di negara mereka adalah yang paling berkualiti.secara tidak langsung amerika telah menang dari segi hiburan,mereka berjaya menembusi negara kita dengan adanya hiburan.sebagai contoh,filem2 di malaysia juga telah mengikuti jejak2 langkah budaya2 seperti amerika...ini menunjukkan kejayaan yang amat besar bagi mereka kerana orang2 islam di malaysia telah berkemampuan berkelakuan seperti mereka di dalam dunia perfileman.sebagai rakyat malaysia dan sebagai UMAT ISLAM kita seharusnya atau seWAJIB2nye memboikot barangan buatan yahudi kerana hanya itulah yang kita dapat membantu saudara mara kita di gaza....semangnya orang2 yahudi itu tahu bahawa mereka akan di masukkan ke dalam neraka,di sebabkan itulah mereka telah berazam untuk memusnahkan umat2 islam yang lain supaya masuk ke dalam neraka seperti mereka semasa di padang mashyar nanti...=)

    ReplyDelete