Saturday, March 21, 2009

Culik dan rogol lagi!!! Bila ianya akan berakhir???

Semasa aku pulang dari kampung, banyak berita yang tidak sedap aku dengari dari telinga ku...Ibu aku menceritkan pada aku berkenaan saudara akak ipar sebelah ibu...Kesalnya, aku orang yang terakhir menerima khabar tentang kes dua orang daripada anaknya telah mengalami nasib yang malang di mana anak ke2 perempuannya telah dirogol bergilir2 oleh 3 orang lelaki, anak2 muda tidak silap aku..Argh! Sakitnya hati aku dengar walaupun hubungan saudara adalah begitu jauh, tetapi bak kata pepatah cuit peha kiri peha kanan terasa. Mengapa isu rogol masih belum berakhir!!Mengapa!!!

Kes kedua pula selang beberapa minggu kemudian, anak sulung dia telah melarikan diri kerana berlaku konflik sedikit dimana mak budak tu telah memarahi dia kerana pulang lewat kerumah. Budak tu tak silap aku umurnya di antara sekitar 19 ke 2o tahun dan kali terakhir aku jumpa semasa dia dengan keluarganya berziarah ke rumah aku semasa Hari Raya Aidiladha tahun ni...Kemudian mak budak tu melaporkan kepada polis berkenaan kes tersebut... Selang 3 hari selepas itu x silap aku budak tu kol polis dengan nada takut dan cepat mengatakan "tolong saya pakcik...saya tak tahan dok sini..Saya kena kurung dan x makan berapa hari..tolong lepaskan saya..." Kemudian, polis tu bertanya di mana lokasi dia, baru sahaja dia nak cakap dengar terus panggilan dimatikan. Mungkin penculik tu nampak dia sedang membuat panggilan kemudian terus merampasnya...Aku fikirkan begitu...dan aku merasakan bukan seorang yang menjaga dia tetapi ramai, antara 3 atau 4 orang...

Hampir 2 bulan misi mencari budak tu, tapi masih x berjaya lagi...Yang aku risakaun dia akan dijual untuk dijadikan pelacur atau dibun_ _ kalau diorang nak tutup bukti...2 yang aku risaukan..simpang malaikat 44...budak 2 comel je, bertudung dan agak lemah lembut aku tengok...aku harap dia dapat dijumpai secepat mungkin..Aku dengar daripada ibu aku mak dia dah macam banyak diam dan murung, tak pergi kerja kadang2 dok memikirkan apa yang berlaku kat anaknya...ditambah lagi tekanan yang berlaku kat anak keduanya...ditambah pula dia merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak...
Adik lelaki dia tengah trauma sekarang atas apa yang berlaku ke atas akak2 dia...Ya Allah...kesian aku dengar atas apa yang sedang berlaku dalam keluarga tersebut..Menitis air mata aku mendengar tu semua.Terlalu banyak dugaan yang berlaku pada diri dia...Buat kak umi, harapkan Kak Umi dapat tabahkan hati dan banyakkan berdoa...Kami sekeluarga mendoakan supaya tuhan bagi petunjuk dimana anak sulungmu berada sekarang ni dan diharap dia berada dalam keadaan selamat. Amin

Aku akan cuba cari gambarnya secepat mungkin bila aku pulang nanti sebagai tatapan sekiranya sesiapa yang menjumpai atau ternampak dia boleh terus contact aku... Aku akan cuba usahakan nanti..Insyaallah..

Buat remaja2 diluar sana...Ingin aku nasihatkan...jangan ambil jalan mudah dengan melarikan diri drp rumah..Itu bukanlah jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah...Ibu bapa marah2 tu tandanya dia terlalu sayangkan kita dan risau apa yang berlaku kat kita..Kamu patut beruntung ada orang menegur kamu kerana ada orang yang sayangkan kamu lagi...Fikirkanlah...Bila dah berlaku camni kita yang susah ibu bapa kita lagi susah dan sedih kerana xlena tidur teringatkan kamu...FIKIR2KANLAH... Bila mereka dah tiada lagi baru kita mencari2 dan inginkan mereka sentiasa ingatkan da nasihatkan kita... Lagi satu aku nasihatkan, jangan sesekali mempercayai lelaki kalau dia nak tolong kita even teman lelaki..Jangan sesekali!!! Ok...sampai di sini saja yang dapat aku coretkan...ambillah di sebalik cerita ini sebagai satu iktibar buat kita semua untuk lagi berhati2 dan tidak leka...

Thursday, March 5, 2009

Buat orang yang paling aku cintai dan teramat kasihi..

sejujurnya.....
kau orang yang paling aku sayangi dan cintai....
tiada sapa yang bisa menjadi pengganti dirimu...
susah untuk aku ceritakan segala2nya...
kerna terlalu banyak yang kau berikan padaku..
sehingga tidak mampu aku balas seumur hidupku...

mak...
semalam aku bermimpi kau tiada lagi di sisiku...
aku menangis meratap sekujur badanmu di sisiku...
tatkala aku tejaga dari lena...
aku mengucapkan syukur kerana itu hanyalah mainan tidur...
aku takut sekiranya kamu tiada lagi di sisiku...

mak...
sepanjang kau membesarkan aku...
banyak kenangan antara kita
sewaktu kita sekeluarga susah
sehingga sekarang...
dapat menggapai sedikit kesenangan dengan pemberian rezeki daripada Yang Maha Esa...
Amin

mak...
bila aku sakit
kau sentiasa ada di sisiku
di tambah pula anakmu ini kerap sakit
aku teringat satu tika dulu...
aku sakit hingga terlantar hampir seminggu, tidak boleh bergerak...
tiap malam tidurmu terganggu dek kerna menjaga aku...
mengurut ku..
memasak untukku....
menyuap untukku...


aku menangis...
tp bukan kerna sakit...
kerna badanku sudah lali dengan sakit yang selalu menjelma dalam hidupku
tetapi terharu dengan kasihnya seorang ibu kepada anaknya...

mak...
bila aku ada masalah...
kaulah teman dan sahabat sejati ku...
mendengar tiap keluhan dan perasaan anakmu ini dengan tenang
menasihati aku...

mak...
aku tahu firasat hatimu...
kau selalu tersenyum dan ketawa...
tetapi dalam hatimu ada sebuah duka
duka di mana orang sekeliling mencemburuimu, menyakiti hatimu
tapi...
kau tidak pernah berdendam...
kau begitu sempurna di mata aku...
mengapa kau terlalu baik?
membiarkan semuanya, biarkan dirimu disakiti?
aku sakit...sakit....melihat orang menyakitimu...
kenapa ada perasaan tidak puas hati di antara kamu semua?
apa yang telah kami lakukan?
kalau kalian sakit hati, lukakanlah hati aku...sakitkanlah hati aku
tapi bukan pada orang yang paling aku sanjungi...

mak...
anakmu sentiasa di sisi kamu...
sanggup menjadi badut atau boneka untuk menggembirakan hati kamu..

mak...
bila aku berjaya nanti...
aku berdoa supaya aku dapat menjaga kamu dengan sempurna hingga hari tuamu
tidak akan sesekali menyakiti hati mu...

tapi....
mak kena berjanji...
jangan sesekali tinggalkan aku ya...
tunggu anakmu ini sehingga berjaya...
jangan sesekali....
tinggalkan aku....
biarlah aku yang pergi dulu...
tetapi bukan kamu...

Tuesday, March 3, 2009

Funny: Ada Perkara yang buatkan anda say "Oh My God!"






hehehehehehe ;)

yummy....sate....sate...

n


Nak try pegi dekat China...memang ini macam!!!

Perempuan "Cannibal"

A lady from Philippines has killed many people and kept their meat on her Refrigerator She was enjoying eating human meat.

She said that she had made so many parties for her relatives & guests and gave them this human meat to eat with out their knowledge .


Her guests said that they found very good taste of this lady's cooking with out they know which type of meat she has cooked for them . Some of them didn't know that they would be her next victim. She has killed her husband too.

Later on, she was caught by the Police .



Sunday, March 1, 2009

Benarkah bloggers kurang ajar?

Buat pertama kalinya, pada tahun 1998 ,bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad telah melaksanakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (Perkhidmatan atas talian telah wujud sekitar tahun 1995 semasa penubuhan The Star Online tetapi ianya dikenali setelah tertubuhnya akta tersebut) Ianya merupakan satu kawalan yang berbentuk penyiaran tradisional, telekomunikasi, dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangakaian yang digunakan untuk memberikan perkhidmatn tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan yang membenarkan penapisan internet dan ianya telah termaktub di bawah Rang Jaminan MSC (MSC Malaysia Bill of Guarantee ) dimana kerajaan tiada hak untuk menapis internet. Perkhidmatan atas talian juga memberi kebebasan dari segi kritikan, serta, mengadakan forum berkenaan isu sensitif dengan memberi ruang kepada masayrakat untuk besuara sebagai salah satu cara untuk berkongsi persepsi atau pendapat antara satu sama lain ( rujukan daripada Online Journalism On Malaysian Socio-Political Landscapes, page 2; Rahmat Ghazali)

Bertitik tolak dengan tajuk yang diutarakan, benarkah bloggers kurang ajar? Pada persepsi saya sendiri, perbuatan yang melambangkan individu tersebut kurang ajar atau sinonim dengan bahasa yang elok 'tidak beradab’ adalah bergantung pada gaya penulisan, mesej yang ingin di sampaikan dan etika kewartawanan perkhidmatan dalam talian itu diaplikasikan dalam penulisan individu tersebut atau tidak. Ianya bergantung bagaimana individu tersebut memainkan peranan dalam penulisan sama ada ingin memberikan informasi yang telus dan betul kepada mayarakat atau sekadar digunakan sebagai agenda tertentu untuk menjatuhkan reputasi individu tertentu atau sebagai hasutan dan fitnah untuk kepentingan masing-masing. Contohnya, kes Adibah Ahmad di dalam blognya; http:/ /adibahahmad.blogspot.com yang yang menggunakan blog sebagai satu medium untuk melontarkan cemuhan berkenaan agama Islam yang menimbulkan kemarahan atau provokasi terutamanya kepada umat Islam atas sikap kurang ajar blogger tersebut. Antara isu-isu yang diselitkan dalam blog Adibah Ahmad ini ialah “Nabi Enjoi”, “Nabi ke Nazi” , “Anjing ni siapa”, “Nababi”, “Nabi Babi” dan seumpanya yang saya sendiri tidak sanggup untuk menaip sebilangan tajuk yang dibuat oleh individu yang diklasifikasikan sebagai 'kurang ajar' dan tidak bertanggungjawab. Ini boleh memberi impak yang besar pada unsur ketidakpercayaan tentang Agama Islam dalam diri sesetengah individu dan kemungkinan besar bangsa lain turut memperkotak- katikkan agama Islam seperti yang telah dilakukan oleh Adibah Ahmad dalam bloggnya. Jika dilihat pada sudut lain pula, isu Raja Petra Kamaruddin dalam blog Malaysia-Today telah menggunakan blog sebagai satu medium untuk menyebarkan maklumat yang palsu berkenaan dengan pembunuhan Altantuya mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua lagi pengiring beliau adalah bersifat ‘kurang ajar’ kerana blogger tersebut menulis tanpa mengeluarkan usul atau bukti yang kukuh yang boleh mengaibkan nama individu yang difitnah. Begitu kuatnya pengaruh blog sehingga ianya boleh menimbulkan hura hara dalam institusi sesebuah kerajaan.

Bagaimanapun, tidak semua blogger bersifat ‘kurang ajar’ kerana sesetengah individu menggunakan blog sebagai satu kaedah untuk mengeluarkan pendapat dan kritikan yang positif dan membina, dalam erti kata lain, mengikut etika kewartawanan selaras dengan kemahuan kerajaan. Oleh itu, tidak semua blogers bersifat ‘kurang ajar’ kerana tanpa bloggers, kita mungkin seperti “katak di bawah tempurung” atau “Pak Pandir” yang menurut setiap informasi hanya pada sebelah pihak sahaja tanpa meneliti dan mengkaji sesuatu cerita daripada pihak lain dan setiap perincian maklumat yang dikeluarkan tidak lain tidak bukan blogger itu sendiri.

Konklusinya, “tepuk dada tanya kata hati” sama ada untuk mencedok atau menerimanya bulat-bulat dalam sesuatu blog tersebut atau berfikir dahulu sebelum menerima mesej tersebut. Bagi bloggers pula, kebebasan yang telah terbuka luas dalam konteks perkhidmatan dalam talian hendaklah di gunakan sebaik-baiknya, bukan digunakan untuk melakar sejarah yang boleh membangkitkan kemarahan pada pembaca blog dan masyarakat sekiranya anda tidak mahu diklasifikasikan sebagai “blogger kurang ajar”.

Sekian.

Tuesday, February 24, 2009

Jangkitan virus yang makin menular dan merosakkan semua


Virus? virus apa yang semakin menular sekarang? virus di pc? laptop? tidak....Bukan itu yang cuba diketengahkan oleh saya..Virus yang ingin saya saya cuba diskusi sekarang ini lebih dahsyat daripada virus-virus di pc dan laptop anda. Ia adalah berkenaan dengan isu alam siber yang telah di salahgunakan oleh sesetengah pihak tidak kira dari sudut politik, sosial dan sebagai bahan kajian dalam pembelajaran. Tapi hanya berapa peratuskah penggunaan internet ini digunakan sebagai bahan ilmiah? Mungkin hanya masa tertentu sahaja ianya gunakan untuk berbuat demikian.Betul atau tidak? Kebanyakan remaja masa kini menghabiskan masa dengan hiburan, "download" bahan-bahan yang berkaitan dengan hiburan dan bagi perempuan, mereka lebih suka pada gosip artis serta mencari rakan-rakan siber.Berhubung dengan mencari rakan-rakan di alam siber, saya juga secara jujurnya mempunyai rakan-rakan siber dan membuka web tersebut apabila mempunyai ruang dan masa untuk berbuat demikian. Antaranya, apa yang pernah saya lihat ialah ianya digunakan sebagai salah cara untuk "mempromosikan" diri kepada orang ramai tanpa segan silu. Apa yang memeranjatkan saya kebanyakan yang mempromosikan harga diri mereka ini adalah terdiri dari anak-anak muda kita sendiri! Bangsa Melayu kita sendiri! Acapkali, isu sebegini sering dipandang enteng oleh orang ramai, terutamanya di kalangan remaja dengan mengistilahkan "lali", "biasa la tu" di kalangan orang Melayu @orang Islam sendiri...Seperti ia telah sebati dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini.Mengapa ianya berlaku? Mengapa perlu kita membangga-banggakan dengan budaya kuning yang memang telah lama sebati dan terkenal dengan unsur-unsur negatif dalam budaya masyarakat Barat tersebut, sedangkan kita ada budaya tersendiri dan terkenal dengan ciri-ciri dan adat ketimuran yang telah lama diwarisi oleh nenek moyang kita sejak berkurun yang lalu...Malahan kita dipandang tinggi oleh sepelosok dunia dengan adat ketimuran kita!
Apa yang saya perhatikan juga banyak remaja yang telah menyimpang jauh dari yang asal seperti budaya "gay", "lesbian" dan mereka juga tidak kurang sama mempertontonkan harga diri mereka kepada orang ramai...Gambar-gambar yang mencolok mata dan lucah juga disiarkan sebagai salah satu medium untuk memperhebatkan lagi "promosi" diri mereka. Aksi yang menghairahkan juga tidak lupa dicalit sebagai satu santapan buat rakan siber yang membuka "profile" untuk mencari kenalan. Mungkin aku boleh terima dengan "perhambaan" pada zaman kesultanan Melayu satu ketika dahulu, tetapi pada masa sekarang tiada lagi istilah zaman perhambaan, cuma yang ada manusia yang rakus mengejar keseronokan dunia dan mencari-cari kebendaan hingga sanggup menjadi "hamba nafsu" dan membiarkan identiti dipijak-dipijak dan di ratah oleh manusia yang inginkan keseronokan tanpa mengikut peraturan hidup yang bermoral. Dunia makin maju, manusia semakin "advance", tetapi dengan cara yang salah...Lidahku kelu untuk berbicara, tanganku longlai untuk menaip..Yang ada hanya doa buat insan-insan seperti mereka supaya pintu taubat sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaNya..Amin

p/s: Walaupun iman ku cuma senipis bawang,ku cuba betulkan kesilapan diri dan muhasabah diri agar dijauhkan daripada perkara-perkara tersebut.Amin